Site Network: Personal | My Company | Artist projects | Shop

 



Tahniah Buat Ajak dan Hajar

Aiman Wafi



Ajak bersama anak sulungnya

1. Tahniah diucapkan kepada sahabatku Ajak dan Hajar atas kehadiran cahaya mata baru mereka. Semoga kehadiran Aiman Wafi dapat menambahkan lagi kebahagian mereka berdua.


2. Aiman Wafi selamat dilahirkan di St John Hospital, Leeds. Didoakan agar Aiman Wafi dapat menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat kelak. Amin


3.Berikut merupakan komen "uncle-uncle" yang menziarahi Ajak dan Hajar.









Ucapan Uncle Pejai










Ucapan Uncle Akid







Ucapan Uncle Zaki

posted by rezwan @ Sunday, May 31, 2009, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



PISANG at Leeds

Bersama Ustaz Tirmizi








Sesi Diagnosis Jin (Rakaman amatur)



1.Semalam saya berkesempatan menghadiri wacana tentang rawatan Islam anjuran Professional Islamic Support And Nurture Group (PISANG) di surau University of Leeds. Wacana ini telah disampaikan oleh Ustaz Tirmizi yang merupakan pegamal rawatan Islam yang pernah belajar dengan pengasas rawatan Islam di Malaysia antaranya Dato' Dr Ismail Kamus dan Dato Dr Harun Din. Walaupun dirinya baru berumur 22 tahun, namun ilmunya dalam perubatan islam ni sungguh meluas dan pernah mengadakan rawatan di beberapa buah negara selain Malaysia seperti Mesir, Jordan dan United Kingdom.


2. Wacana tersebut memberi pendedahan kepada kami tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gangguan jin dan sihir. Hal ini pernah dibincangkan oleh sarjana ilmuan islam terkenal Ibnu Sina dalam kitabnya yang membincangkan tentang rawatan dalam menangani penyakit akibat sihir.


3. Peserta berkesempatan untuk merasai dan melakukan sesi diagnosis secara percuma oleh Ustaz Tirmizi (lihat video di atas). Pengalaman merasi rawatan Islam tersebut, memberi pengalaman yang baru kepada saya dan merubah persepsi tentang dunia rawatan moden hari ini.


4. Saya mendoakan semoga PISANG dan Ust Tirmizi terus sukses dalam memperkenalkan rawatan Islam ini.

posted by rezwan @ Sunday, May 03, 2009, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



Pameran Leeds Saudi Arabia Society (LSAC)

Goffah : Bekas Roti

Replika Rumah Arab

Sejadah



Bersama Ahmed rakan sekelas


1. Semalam saya menghadiri pameran yang dianjurkan oleh Leeds Saudi Arabia Society di Parkinson Building. Pameran ini dibuka kepada seluruh pelajar, pensyarah dan staff Uni of Leeds. Program ini mempamerkan tentang kebudayaan arab dari segi makanan, pakaian, peralatan dan sejarah nagara Saudi.


2. Namun,ada satu gerai yang lain dari yang lain, menarik perhatian saya. Gerai ini menceritakan tentang agama Islam, Allah dan Nabi Muhammad. Bagi saya ia merupakan satu usaha yang baik untuk memperkenalkan Islam. Ia memberi pendedahan kepada pengunjung tentang apa Islam yg sebenar. Tahniah saya ucapkan kepada LSAC atas program tersebut. Jazakallah..

Labels:

posted by rezwan @ Thursday, April 30, 2009, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



Mengharung Zaman-USRATIKA

Lagu khas untuk Sahabat Seperjuangan

posted by rezwan @ Wednesday, April 29, 2009, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



Musim Bunga












posted by rezwan @ Wednesday, April 29, 2009, ,

2 Comments:

At 4:47 PM, Blogger aniSs warDah said...

subhanallah..
tulip bunga indah..
tulip ciptaan Allah yang punya significant sendiri..
sensitif dengan cuaca..
sensitif juga dengan cahaya..
jika perhatikan betul2..
malam bunga ini akan kuncup..
bila terkena cahaya matahari yang memancar bunga ini akan mekar..
hidupnya x lama..sekejap cuma..

tulip2 di belakang rumah dah mati ni..=D
cinta tulip..
walau seketika..
kehadirannya dinanti-nantikan setiap tahun..
bersamanya hati rasa bahagia..

-syahida -

 
At 11:38 AM, Blogger rezwan said...

Tq Syahida..Tulip skang berada di mana2...

 

Post a Comment

<< Home



Italy Trip











posted by rezwan @ Tuesday, April 28, 2009, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



BUKU:1515


Seperti kata Dr Burhanuddin al-Helmi:

"Atas robohan Kota Melaka
Kita bangunkan Bangsa Merdeka"

.........................................................................................................................................

Adakah anda masih ingat numbor 4 angka ini 1511? Ia bukanlah nombor ajaib yang boleh dijadikan sebagai nombor ekor bagi kaki nombor.Tetapi ia merupakan satu numbor yang menceritakan kisah kejatuhan umat Islam di Nusantara.

Siapa tidak ingat dan kenang, tahun 1511 peristiwa hitam kejatuhan satu umat berjaya,kejatuhan sebuah tamadun melayu yang begitu gemilang. Dahulu kita sangat profesional,kita mampu menguruskan pelabuhan yang terpenting di selat Melaka,kita mempunyai angkatan tentera yang hebat di bawah Perdana Menteri Tun Perak,kita ada pemikir dan ahli falsafah yang masyur,Tun Sri Lanang. Malah bahasa kita merupakan bahasa bahasa dunia, kalau tidak belajar bahasa kita maka tidak mungkin pedagang akan untung di Melaka.

1511, tahun yang menyayat hati, Melaka di serang oleh orang Feringgi yang dipimpin oleh Alfonso de albuquequer. Pada hari itu seangkatan armada dari Goa lalu meyerang Melaka. Petang itu ramai pahlawan-pahlawan Melayu shahid demi pertahankan negara, wanita-wanita ditangkap dan diperkosa dihadapan suami mereka dan ayah mereka, rumah-rumah dibakar sehinga menjadi abu dan ramai penduduk Melaka berjaya dimurtadkan.

Itu dahulu...

Tajuk:1515
Harga :Rm 2+.++
Penulis:Faisal Tehrani
Terbitan: Kumpulan Utusan
Buku ini saya beli minggu lepas semasa Jualan Gudang Utusan di Tmn Shamelin Perkasa. Buku ini memang dah lama saya ingin miliki,tetapi agak susah nak dijumpai, mujur jumpa di sana.
Buku ini ditulis karyan negara Abg Faisal Tehrani, sekali pandang macam Abg Kucing yang menculik Sharlini,ooopsss (sori abg Faisal),tapi kalau tengok memang saudara faisal kreatif dalam menulis.
1515 menceritakan seorang serikandi Melayu bernama Nyemah Mulya yang telah berjaya mengalahkan tentera Portugis apabila menyerang Melaka pada 1511. Malah wizurai Alfonso de al buquequer telah mati ditangan Srikandi yang baru berusia belia ini.
Selepas kekalahan Portugis, Nyemah Mulya yang berjiwa besar telah merangcang untuk menakluk Portugis, dan akhirnya Portugis telah jatuh ketangan Melaka.
Buku ini sangat menarik untuk dibaca, ia membakar semangat kita untuk tidak merasa merendah diri,malah kita sebenarnya setanding dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain.
Seperti kata falsafah guru saya
"Jika kita menguasai ilmu
Maka kita menguasai dunia"

posted by rezwan @ Tuesday, January 29, 2008, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



Seminar Ta'dib Islami


Ahad minggu lepas aku telah meluangkan masa mingguku dengan menghadiri seminar Ta'dib Islami anjuran ABIM dan PKPIM. Aku bangun lebih awal hari itu,walaupun badan terasa berat untuk meninggalkan katil yang kubeli semasa bekerja di UITM Pulau Pinang dahulu.

Malam sebelum seminar tersebut, aku sempat menghantar sms kepada rakan-rakan ku dan juga senior2 PKPIM yang dah lama tidak berjumpa. Semasa di UTM dulu, Anjung Pulai Perdana menjadi tempat kami untuk bertemu dan berdiskusi ilmu secara mingguan manakala setiap hari isnin kami akan berpuasa bersama-sama. Kini walaupun rata-ratanya mereka tinggal disekitar KL dan Lembah Klang, tidak jauh rasanya kalau ingan berkumpul bersama,namun perkara itu amat terlalu sukar. Mungkin masing-masing sudah ada komitmen lain apabila sudah bekerjaya.

Aku rasa seronok pada hari itu kerana bukan sahaja dapat menambah imu tetapi dapat merapatkan ukhwah.

Seminar ini merupakan satu seminar yang membincangkan pandanagn hidup islam "Islamic World View".Ia juga adalah satu ruang untuk kita belajar dan mendalami pemikiran-pemikiran para ilmuan Islam yang tinggi. Antara pemikir Malaysia yang terkenal Syed Naquib al-Attas..Aku cuba membaca buku2 karya Syed Naquib,walaupun satu ayat secara berulang-ulang,namun aku masih tidak faham isi dan makna yang cuba disampaikan. Malah aku menjadi pening.Namun dengan seminar ini penceramah yang rata-ratanya merupakan anak didik Syed Naquib al-Attas dapat menjelaskan pemikiran beliau melalui buku-bulu yang telah dihasilkan oleh beliau sendiri secara lebih mudah.

Seminar bulanan yang sangat ilmiah ini bukan senang handak dijumpai, mungkin ia merupakan salah satu taman syurga yang sangat mahal harganya berbanding konsert-konsert murahan. Tertanya audien juga tidak begitu ramai kerana tiketnya memerlukan kecintaan ilmu yang dalam yang tinggi dan persiapan mental yang tinggi. Pasti kesannya terhadap pemikran kita akan berubah terhadap pandangan kita setiap bucu dalam Islam.

Memetik kata-kata PM Dr Fauzi Othman dalam perbentanganya pada hari tersebut" Mungkin jasad anda Islam tetapi belum tentu pemikiran anda dalam kerangka Islam".......

Mohd Rezwan Alias

posted by rezwan @ Tuesday, January 22, 2008, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home