Berita Harian 24 Julai 2006
Monday, July 24, 2006
Umat Islam perlu sensitif isu murtad
SAYA ingin mengulas mengenai isu murtad yang telah menjadi satu masalah besar di negara kita sekarang yang perlu diselesaikan dengan segera.
Pegangan akidah umat Islam di Malaysia kini semakin goyah sebagaimana yang dinyatakan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam satu kenyataannya bahawa hampir 100,000 di Malaysia memohon untuk keluar dari agama Islam. Perkara yang harus dilihat secara serius dan terperinci adalah mengapa ada umat Islam yang sanggup meninggalkan agama yang syumul ini yang telah dibawa oleh nabi dan sahabat terdahulu. Adakah umat Islam kini sudah lupa dan tidak yakin agama yang mereka anuti ini? Hanya agama Islam saja yang diterima Allah dan agama ini telah Allah nukilkan dalam firmanNya, ‘Sesungguhnya agama (yang diredhai) Allah SWT hanya Islam’. (Surah Ali-Imran: 19).
Sheikh Ahmad Mustafa al-Maraghi dalam menghuraikan ayat ini berpendapat bahawa agama Islam adalah satu kebenaran mutlak dan tidak perlu diragui. Agama ini hanya satu ajaran yang diterima oleh Allah SWT yang menjadi penyuluh kepada kehidupan manusia dan seharusnya menjadi pegangan yang kukuh.
Adalah jelas sekali umat Islam dilarang untuk menyamakan ajaran Allah SWT dengan mana-mana agama selain daripada ajaran-Nya. Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas, agama Islam adalah cahaya yang terang lagi suci. Adalah tidak wajar umat Islam yang berada dalam cahaya terang ini terjun ke kawasan yang gelap dan tidak bercahaya.
Saya ingin mengajak pembaca memahami kenapa isu murtad ini amat penting dari konteks undang-undang negara kita. Isu Lina Joy misalnya, yang memohon untuk menggugurkan perkataan Islam dalam MyKadnya semakin hangat diperkatakan. Ini kerana wujudnya serangan yang melaungkan kebebasan individu dalam beragama.
MOHD REZWAN ALIAS,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
posted by rezwan @ Monday, July 24, 2006,
,
![]()
0 Comments:
JADIKAN MEMBACA SATU BUDAYA
Thursday, July 20, 2006
Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
Intisari ayat ini merupakan asas penting untuk mengubah keadaan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya keilmuan. Mengikut ahli mufassirin, mereka mengatakan surah al-‘Alaq ini mengandungi 3 perkara besar :-
Pertama - mengenal "Allah Rabbul’alamin" yang Maha Esa dan Maha kuasa yang mencipta dan menghidupkan manusia.
Kedua - ilmu tentang "manusia dan kemanusiaan" yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dalam sebaik-baik keadaan dan diberikan berbagai-bagai keistimewaan berbanding makhluk-makhluk yang lain.
Ketiga - "nikmat ilmu pengetahuan" yang telah diajarkan oleh Allah S.W.T. kepada manusia melalui pena dan tulisan.
Membaca merupakan suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda samaada melalui bahan-bahan bercetak atau media elektronik seperti komputer dan sebagainya. Deria dan minda yang dicerna dengan ilmu pengetahuan hasil pembacaan akan menjana kehidupan manusia yang sentiasa inginkan perubahan. sedikit ilmu yang diperolehi akan merangsang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu pengetahuan yang lain seterusnya akan terbentuk satu budaya membaca di kalangan masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan budaya membaca bukanlah suatu yang mudah. Berdasarkan lapuran tabiat membaca yang dibuat oleh UNESCO pada tahun 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun, berbanding hanya dua muka surat setahun. Mengikut dalam lapuran yang dibuat pada tahun 1997 walaupun terdapat peningkatan minat yang agak tinggi, namun nilai ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju.
Sejarah kegemilangan Islam telah memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Perkembangan ilmu pengetahuan telah melahirkan tokoh-tokoh cendekiawan terulung antaranya Imam Syafi’e, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rusydi dan ramai lagi. Tokoh-tokoh tersebut telah mewariskan kepada kita dengan pelbagai bidang keilmuan sebagai bukti dan motivasi bahawa tamadun keilmuan boleh muncul kembali. Suatu usaha harus digerakkan iaitu membudayakan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Bagi melahirkan budaya membaca dalam masyarakat, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan, antaranya ialah:-
1.Menyedarkan Masyarakat Dan Memperbetulkan Sikap Pengabaian Minat Membaca.
2.Wujudkan suasana minat membaca dikalangan masyarakat
3.Menggalakan penulisan bahan-bahan ilmiah
4.Mempromosikan buku-buku yang ilmiah.
Konklusinya kita kena mengambil sifat minat membaca sebagai satu tabiat yang spontan. Dengan membaca sahaja kita dapat membuka minda dan menghayati ilmu. Golongan yang tidak membaca pasti mempunyai sikap yabg agresif seperti mudah marah, tidak bermoral, pendek akalnya dan sebagainya, kerana meraka tidak membaca lantaran tiada cahaya kelimuan meresap dalam sanubari mereka.
posted by rezwan @ Thursday, July 20, 2006,
,
![]()
0 Comments:
MENITI LAUTAN GELORA (Sebuah Memoir Politik)
Thursday, July 13, 2006
Tajuk : MENITI LAUTAN GELORA (Sebuah Memoir Politik)
Penulis : Said Zahari
Penerbit : Utusan Publications Sdn. Bhd
Tahun : 2001
Harga : RM 25
Sumber : Pusat Sumber PKPIM
MENITI LAUTAN GELORA (Sebuah Memoir Politik) menukilkan pengalaman, pengamatan dan penglibatan sebagai aktivis politik. Ia juga merangkumi perkembangan politik dan persuratkhabaran tanah air, Malaya/Singapura dalam konteks Asia Tenggara, khususnya pada zaman perubahan politik kualitatif pada tahun 1940-an hingga 1960-an.
Memoir ini menyingkap suka duka beliau sebagai wartawan Utusan Melayu yang menjadi suara rakyat menyuarakan hasrat kemerdekaan daripada penjajahan British. Tekanan dan himpitan yang di terima beliau dalam mempertahankan akhbar non-partisan memaksa beliau melancarkan mogok utusan pada Julai 1961 yang membawa beliau tersingkir dari Malaya.
posted by rezwan @ Thursday, July 13, 2006,
,
![]()
1 Comments:
- At 12:32 PM, diyana said...
-
alhamdulillah..
satu langkah ke hadapan.moga diberkati Allah melalui tulisan enta..
Moga ramat Allah bersama sentiasa

