BUKU: I AM MUSLIM
Sunday, June 24, 2007

Buku: I AM MUSLIM
Penulis: Diza Zaman
Muka surat:273
Harga:RM 30.00
“I am Muslim”.Buku ini saya beli di Kinokuniya KLCC semasa berkursus di UiTM Shah Alam pada 12 Jun 2007 yang lalu.Saya suka beli buku di Kinokuniya kerana buku-buku di situ banyak dan ada “offer”. Tapi pada hari itu memang saya dah “aim” nak beli buku ini.Bila tiba di sana saya terus mencari buku ni,buku-buku lain saya pandang tanpa nafsu.
Sebenarnya buku ni dah lama saya nampak di pasaran,saya pernah memegangnya dan bercadang nak beli,tetapi bila tgk covernya yang “sempoi”,terus tawar hati. Namun, apabila saya menyibuk di laman blog jiwarasa (http://jiwarasa.blogspot.com/), sungguh tertarik dengan pandangan dia tentang buku ini.
Buku ini ditulis oleh Dina Zaman’s,dia juga pernah dikenali sebagai Dina’s Dalca sewaktu menjadi kolumnis NST,dia juga seorang wartawan Malaysiakini. Dina banyak megarang cerita -carita fiction dan sajak. Ini adalah buku pertama dia yang berbentuk non-fiction
Sinopsis buku ini adalah menceritakan worlview Dina sendiri dalam melihat Islam di Malaysia. Pada muka surat awal Dina menceritakan tentang definasi Islam, Rukun Islam (Five Pillars of Islam) dan Rukun Iman ( Six Pillars of Faith). Dina juga memuatkan sejarah ringkas Nabi Muhammad SAW( Peace Be Upon Him).
Namun,bila kita selak dari muka surat ke muka surat, saya lihat Dina ni menghidangkan kekeliruan kepada pembaca. Apa yang saya dapati adalah, Dina mempersembahkan sikap-sikap negatif masyarakat Islam di Malaysia seperti amalan-amalan jumpa bomoh, isu pakai tudung,homeseksual dan lain-lain(mohon baca sendiri untuk mengetahui lebih lanjut). Kita tak nafikanlah,perkara-perkara ini berlaku,tapi apa yang mengecewakan,Dina gagal memberi kesimpulan yang berlandaskan worldview Islam dan lebih suka biarkan ia tergantung.Di mana,pembaca perlu buat kesimpulan sendiri.
Saya juga melihat ada unsur-unsur islam liberal dalam buku ini. Kalau kita nak tahu antara isu islam liberal ni adalah feminism,poligami,kesamaan gender dan lain-lain termuat dalam buku ini.Saya tidaklah mengatakan Dina ni Islam Liberal,kerana dia pun dah buat penjelasan bahawa dia ni seorang “practice Muslim”,cuma belum sampai seru lagi nak pakai tudung.
Cover buku ini juga mengecewakan, nampak terlalu sempoi dan saya rasa tajuk juga tidak begitu sesuai dengan kandungan dalam buku ini. JUSTERU NASIHAT SAYA KEPADA PEMBACA,PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI DAYA SARING YANG TINGGI SEMASA MEMBACA BUKU INI.
posted by rezwan @ Sunday, June 24, 2007,
![]()
2 Comments:
- At 3:37 PM, Shamsiah Mahli said...
-
Salam, rezwan, akak dah tengok buku tu. tapi memang buku ni memang mengelirukan pembaca.
maknanya kita kena lawan dan tulis buku juga. saya seorang muslim.
akak dah mula dah. jom kita sama2 buat buku
kak sham - At 2:50 AM, rezwan said...
-
tq atas komen kak sham.saya cadangkan kalau kita dapat wat artikel,kumpulkan dan jadikan satu buku i am muslim,saya sudi nak menyumbang.

