BUKU: AYAT-AYAT CINTA
Tuesday, August 07, 2007
Saya teringat dahulu,waktu itu tahun lepas,ada seorang sahabat saya mempromosikan buku ini kepada saya.Dia berkata” Novel ini Best Seller di Indonesia,sekarang dah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Novel ini bukan sahaja menceritakan kisah cinta agung,tapi sarat dengan pelbagai elemen islamik.Kau mesti baca !!!!”
Begitau ulasan sahabat saya,Fendi kepada saya. Fendi ni memang suka membaca,jadi cadangan dia pastinya tidak mengecewakan.
Masih segar dalam memori saya sewaktu mendapatkan novel ini. Waktu itu saya beli bersama seorang sahabat di sebuah kedai buku di Plaza Angsana. 28 Oktober 2006.Tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan,suasana yang saya rasa sangat meriah. Penggerai menjual pelbagai hidangan berbuka puasa,kuih raya,baju raya dan sebagainya. Tambahan pula, saya baru sahaja selesai menduduki kertas terakhir pengajian saya di UTM pagi tersebut.Jiwa terasa lapang..MERDEKA!!!!Perasaan saya seolah-olah menyambut 50 tahun Kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.
Sedikit Latarbelakang Penulis. Nama penulis adalah HABIBURAHMAN EL-SHIRAZY atau nama panggilannya Kang Abik.Beliau lahir di Semarang, Indonesia. Beliau pernah menuntut di Fakulti Usuluddin, jurusan hadith di Universitu Al-Azhar Mesir. Antara karya beliau yang mendapat sambutan hangat adalah, Ketika Cinta Berbuah Syurga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta dan lain-lain. Selain itu juga, Kang Abik gigih dalam dakwah. Beliau dan adiknya telah bersama-sama menubuhkan Pesantren Basmala, Indonesia. Kang Abik menyatakan bahawa, hasil buku “Ayat-Ayat Cinta” ini adalah bertujuaan untuk menyuntik dana bagi pesantern beliau.
Kisah yang termuat dalam novel ini berlatarbelakangkkan bumi Mesir,bumi Anbiya. Dimana penulis mengenalkan seorang watak mahasiswa Indonesia bernama Fahrir. Fahrir ini seorang yang tekun menuntut ilmu, hafaz al-quran,bertubuh tinggi, romantik, aktif berpersatuan,aktif bersukan,pandai bahasa Arab, Inggeris ,German dan Turki. Walaupun Fahrir ini sudah dikira lelaki pujaan wanita kerana jika dilihat Fahrir ni seorang lelaki yang Ideal,tetapi Fahrir sangat merendah diri. Dia sedar diri keluarga dia seorang yang miskin dan tidak layak untuk berpacaran. Fahrir juga seorang yang komited terhadap dakwah.Pendek kata, Fahrir ini sungguh berkarismalah orangnya.
Sikap Fahrir yang baik dan menghormati jiran menarik minat seorang gadis Mesir bernama Maria dan keluarganya yang beragama Kristian yang tinggal di atas rumah sewa dia bersama rakan-rakannya Dalam diam-diam, Maria telah jatuh hati kepada Fahrir kerana terpikat atas perwatakan Fahrir sebagai pemuda islam.
Namun begitu , dalam hati Fahrir, beliau meminati seorang siswi Indonesia bernama Nurul. Wajah nurul yang manis dan tingkah laku yang sopan menyebabkan Fahrir memendam perasaan pada Nurul. Tambahan pula Nurul merupakan anak kepada kiyai yang terkenal di Indonesia. Oleh kerana, Fahrir ini seorang yang pemalu,perasaan ini hanya dipendam.
Dua lagi watak wanita yang telah jatuh hati kepada Fahrir adalah Nuora dan Aishah. Nuora meruapakan siswi Al-Azhar yang berketurunan Mesir. Nuora telah dipertemukan dengan Fahrir apabila Fahrir menolong masalah yang dihadapi Nuora. Lantaran itu,Nuora telah melayangkan sepucuk surat cinta kepada Fahrir.
Aishah pula merupakan seoang wanita berketurunan campuran Turki dan German. Pertemuan dia dan Fahrir di Metro (komuter) pada satu hari, menyebabkan Aishah banyak meminta pandangan serta pertolongan dalam soal-soal agama dan juga kajian yang sedang dilakukan oleh Aishah tentang budaya masyarakat Islam Indonesia. Beberapa pertemuan bersama Fahrir telah membawa bibit percintaan dalam diri Aishah.
Begitulah dilema yang dialami Fahrir apabila empat orang gadis meminati dirinya. Namun, prinsip Fahrir adalah dia hanya inginkan seorang isteri sahaja untuk dijadikan teman hidup dan ketua bidadari di syurga nanti.
Jadi, anda bolehlah mendapatkan buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya. Buku ini sangat menarik. Anda akan melekat untuk terus membaca apabila selesai membaca muka surat pertama sahaja.
Bagi saya ini adalah satu novel pembangunan jiwa. Dalam novel ini penulis mengupas beberapa isu ,antaranya,hubungan orang Islam dengan orang kafir, watak seorang Muslim yang sebenar dan banyak lagi. Novel ini memberi impak dalam jiwa dan saya syorkan untuk dibaca.
posted by rezwan @ Tuesday, August 07, 2007,
![]()
0 Comments:
