Bahasa Lambang Taraf Sosial
Wednesday, November 07, 2007
Alhamdulillah,segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana nikmatnya yang tak terhingga, setelah lama aku tidak menulis dalam ruangan blog ni. Allah telah memberi kelapangan kepada aku untuk menulis. Bagi aku menulis ini merupakan satu proses muhasabah di mana kita berdiskusi dengan hati dan jiwa. Ia juga satu proses mengasah ketajaman intelektual dalam kita berkarya. Kata pepatah Melayu, Bahasa jiwa bangsa. Memang orang Melayu kaya dengan peri bahasa, maka penggunaan peribahasa seperti pantun dan lain mencantikkan lagi komunikasi kita sewaktu berbicara.
Menyentuh soal bahasa, aku tertanya-tanya bagaimana bahasa wujud?Mana puncanya?Adakah bahasa terjadi secara kebetulan atau ia telah direka oleh seseorang?.Adakah bahasa ini juga satu makhluk ciptaan tuhan? Persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiranku.
Di Malaysia, kita juga terdapat pelbagai bahasa yang sering dituturkan oleh pelbagai kaum.Bahasa Melayu semestinya bahasa rasmi nagara kita. Ada juga bahasa Inggeris, Bahasa cina,Bahasa Tamil ,bahasa Iban, bahasa Kelantan,bahasa Siam,bahasa Minang dan pelbagai lagi. Tapi yang pasti bahasa itu menunjukkan identiti sesuatu kaum dan masyarakat.
Namun, bahasa Melayu yang menjadi bahasa kabangsaan kita dan pernah berperanan sebagai jambatan perpaduan untuk semua kaum ,kini dipandang sepi. Kita lebih suka menimang bahasa Inggeris, kita puja bahasa Inggeris dan tatatang seperti .minyak yang penuh. Akibatnya, bahasa Melayu terpinggir sepi.
Bahasa Lambang Taraf Sosial
Aku tidak melarang untuk seseorang untuk mempelajari pelbagai bahasa selain dari bahasa Malayu. Bagi aku, apabila kita dapat menguasai sesuatu bahasa, kita bukan sahaja dapat bertutur dengan sesuatu bangsa, malah kita dapat menekuni dan mempelajari budaya, pemikiran dan moral sesuatu bangsa,
Pengalaman aku belajar dalam sekolah aliran cina sewaktu sewaktu sekolah rendah masih aku kenang hingga ke hari ini. Aku masih ingat masa aku darjah lima, sebelum lao shi (cikgu) matematik aku sampai,kami semua terpaksa berdiri sambil mengalunkan sifir dalam bahasa cina sehingga cikgu kami sampai. Mungkin ini rahsia orang cina menanam minat subjek matematik.
Di sekolah cina, kami dilatih supaya berdisiplin dan kerja keras. Pernah kawan aku tidak buat kerja rumah yang diberikan, dia terpaksa dirotan (waktu itu rotan dibolehkan) dengan rotan yang nipis (lagi nipis lagi sakit) dan dipaksa keluar kelas. Aku hanya mampu berdiam melihat kawan aku menangis tersesak-esak akibat didenda.
Kadang-kadang sewaktu aku belajar di sekolah cina,terasa bosan kerana dilambak dengan kerja sekolah yang bertimbun. Sehinggakan aku terpaksa ‘stay up’ sampai 12 malam.Waktu tu aku baru darjah 5. Bayangkan,esok pagi nak bangun awal kerana sekolah aku terletak jauh dari rumah. Sehinggakan aku dikenali budak suka tido dalam bas.
Begitulah kisah aku sewaktu di sekolah cina,namum pengalaman tu memberikan aku peluang belajar budaya cina,ketekunan mereka,sikap mereka sedikit sebanyak masuk ke dalam jiwaku.
Apabila aku jumpa orang cina atau tauke cina,aku lebih selesa berbahasa cina.Kalau aku berbahasa cina,mereka akan terkejut melihat aku,kadang2 aku dapat diskaun barang yang aku beli.
Keagungan Bahasa Arab
Bahasa Arab merupakan bahasa yang paling lama dan masih wujud sampai sekarang. Menurut seorang ustaz yang mengajar aku bahasa arab di uia pj sekarang ni,beliau berkata, bahasa arab merupakan bahasa yang terpelihara dari semua aspek seperti intonasi bunyi,tatabahasa dan sebagainya. Menurut beliau,bahasa arab berkait dengan al-quran.Iin bermak sebarang usaha untuk mengubah bahasa ni,secara tidak langsung ia mengubah al-quran.Mungkin sebab itu masyarakat arab tak perlu Dewan Bahasa dan Pustaka macam Negara kita.
Kalau kita ambil salah satu huruf dalam bahasa Melayu sebagai sebagai contoh,perkataan “tammat” biasanya ditulis pada sekitar 60 an,namun pada hari ini kita menulis dengan perkataan “tamat”.
Aku sendiri berasa sedih apabila setiap kali membaca al-quran,aku terkebil-kebil mencari maksudnya. Lebih malang lagi setiap kali bulan Ramadan, ketika imam melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran,aku tak dapat faham satu patah perkataan pun.
Melihat kitab-kitab arab karangan seikh-seikh yang terkemuka,membuat aku teruja ingin membacanya, mungkin satu hari nanti,impian aku ingin berbahasa arab dan membaca kitab2 arab akan terlaksana.
Moga-moga dipermudahkan

posted by rezwan @ Wednesday, November 07, 2007,
![]()
1 Comments: