Site Network: Personal | My Company | Artist projects | Shop

 



Doa Orang Berdosa


Kita manusia sering kali lupa, alpa kepada tuhan yang mencipta, mudah melakukan dosa, maka bila kita melakukan dosa,kita adalah orang berdosa,jadi kita harus sentiasa koreksi diri dan berdoa.



SAJAK

DOA ORANG BERDOSA


Tuhanku

Semakin umur melaju

Pejal pertahanan

Merapuh

Tinggal kental hanya

Pengalaman

Berat dihela

Ke hari pertimbangan


Tuhanku

Akulah manusia berdosa

Menyorokkan mukaku

Yang pasti Kau lihat

Kerana semakin aku mencariMu

Semakin jauh meninggalkan


Tuhanku

Kau maha pengasih

Hanya akulah pelarian

menjarakkan ruang cinta

Yang Kau sediakan


Tuhanku

Hanya Kau maha tahu

ampunkan aku dalam taubatku


Amin!!!!


Nukilan -A.Wahab Ali (1977)
Dipetik dari buku Sajak Orang Berdosa (Kumpulan Puisi Utusan)



posted by rezwan @ Thursday, November 01, 2007,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home