BUKU: ISLAM DI ASIA BARAT MODEN
Monday, December 10, 2007

Mungkin kebanyakan orang bosan dengan subjek sejarah. Aku teringat sewaktu guru menerangkan dan mengajar peristiwa-peristiwapenting yang penting dalam matapelajaran sejarah, ada segelintir kawanku yang matanya sudah mula menjadi berat. Ada yang mengatakan bahawa waktu pelajaran sejarah merupakan waktu yang sesuai untuk tidur. Ditambah pula dengan penerangan guru sejarah yang tiada langsung intonasi yang mampu menarik perhatian kami.
Namun begitu, bagiku subjek sejarah sebenarnya satu matapelajaran yang sangat menarik. Kalau kita baca sejarah memanglah lah bosan,tetapi kalau kita dapat hayati dan mengkaji, kita akan rasa kelainan. Aku suka membaca buku-buku sejarah negara orang selain Malaysia. Tapi bukanlah bermakna aku tidak patriotik. Aku patriotik.. Cuma, bila kita membaca sejarah sesebuah negara lain,kita dapat belajar bagaimana kejadian,tindakan dan watak sesuatu bangsa yang mewarnai negara mereka.
Justeru, aku ingin mengesyorkan satu buku yang menarik mengenai sejarah di Asia Barat Moden.
Tajuk : Islam Di Asia Barat Moden
Penulis : Prof Madya Dr Fadhullah Jamil
Terbitan : Thinker Librarys SDN BHD
Muka surat : 405
Buku ini ditulis oleh seorang pensyarah USM yang begitu komited dengan dakwah Islam dan pencinta ilmu pengetahuan. Aku agak rapat dengan Dr Fadhullah dan pernah beberapa kali datang ke rumah beliau. Walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana, namun sewaktu bertandang ke rumah Dr, aku terpegun dengan koleksi-koleksi buku yang ada. Memang Dr seorang intelektual, hatta di ruang tamu pun, masih lagi tidak muat nak menempatkan buku-buku beliau.
Sinopsis buku ini sebenarnya menceritakan sejarah moden kebangkitan Islam di negara-negara Asia Barat iaitu Arab Saudi, Turki, Mesir dan Iran. Permulaan buku ini menceritakan keadaan umat Islam pada kurun ke 18, di mana ketika itu umat Islam masih dibawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Apa yang menyedihkan, pada waktu tersebut, sudah ada persengkatan antara wilayah-wilayah kerajaan Turki Uthmaniyah. Kalau kita baca, rupanya-rupanya perpecahan serta kejatuhan Empayar Turki adalah disebabkan adanya persengketaan dalaman umat Islam itu sendiri.

Ini ditambah pula dengan faktor Imperialisme barat seperti Perancis, Sepanyol, British dan lain-lain terhadap negera-negara Islam. Maka budaya dan pemikiran yang dibawa oleh negara tersebut mempengaruhi masyaakat islam pada waktu itu. Justeru lahirlah pemimpin-pemimpin Islam yang berfahaman Nasionalisme iaitu semangat kebangsaan. Bila lahirnya semangat ini,maka kerajaan Uthmaniah pada waktu itu lumpuh kerana wilayah-wilayah islam tidak bersatu.
Walau bagaimanapun setelah negara-negara Islam melalui perpecahan dan peperangan sesama sendiri, muncul keinginan dalam diri pemimpin-pemimpin islam untuk kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Mereka kembali insaf dan sedar segala sistem dan pemikiran yang dibawa oleh imperalis barat yang dikatakan moden pada waktu itu memberi kesan dan luka yang besar dalam masyarakat Islam. Ini dapat dilihat pada sejarah Iran apabila rakyat sudah muak dengan pemerintahan Dinasti Pahlavi dan mengangkat Ayatullah Khomeini. Di Mesir juga telah wujud pergerakan Ikhwan Muslimin yang dipimpin Hassan Al-Banna utuk mengajak rakyat Mesir kembali kepada Islam.
Buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana kita akan dapat gambaran sebenar tentang sejarah dunia Islam di Asia Barat. Setelah kita membaca buku ini, kita dapat melihat kaitan situasi negara-negara tersebut pada hari ini. Oleh itu, sejarah bukanlah sesuatu yang membosankan,tetapi merupakan satu ilmu yang menarik untuk dihayati.
posted by rezwan @ Monday, December 10, 2007,
![]()
2 Comments:
- At 8:42 AM, Abu Hasif said...
-
Mungkin Saudara Ridzwan lupa di mana anda dapatkan buku tersebut?
- At 8:03 AM, rezwan said...
-
tq saudara aby hasif,pemberian buku ini kepada ku akan dikenang