Site Network: Personal | My Company | Artist projects | Shop

 



TOKOH ILMUAN PATUT DIPOPULAR


Awal Muharam merupakan hari pertama dalam kalender umat Ialam. Justeru Umat Islam di seluruh dunia seharusnya perlu menghayati sirah nabi Muhammad S.A.W dimana baginda telah berhijrah dari Kota Mekkah ke Kota Madinah dalam usaha baginda menyebarkan syiar Islam.

Bersempena Maal Hijrah 1428 kali ini, negara kita sekali lagi telah mengadakan sambutan peringkat kebangsaan yang bertemakan “Insan Cemerlang,Umah Terbilang”. Menyebut tentang hijrah, umat islam cukup sinonim dengan pengertian hijrah.Dalam konteks Malaysia pada hari ini,kita digesa untuk melakukan hijrah kepada yang lebih baik dalam apa jua bidang dan aspek.

Saya tertarik untuk membincangkan tema “Insan Cemerlang, Umah Terbilang”. Jika kita menoleh kembali sejarah-sejarah umat Islam terdahulu,pasti kita akan berasa kagum kerana mereka telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh yang hebat seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina yang sumbangan mereka dapat kita kecapi sehingga hari ini.Bahkan umat islam terdahulu mampu membina dan membangunkan tamadun yang hebat.

Jika kita meneliti sejarah,pasti kita dapat mencari kunci kejayaan mereka. Bagaimana zaman masyarakat Arab dahulu dalam kedaan jahiliyah,tidak mampu berfikir dengan waras dan membezakan baik atau yang buruk telah menjadi masyarakat yang berjaya apabila nabi Muhammad S.A.W membawa risalah Islam.Wahyu pertama surah al-Alaq (1-5) memberi kesan yang besar pada ketika itu.Menurut Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya Penjelasan Budaya Ilmu menjelaskan bahawa wahyu pertama itu menjelaskan bahawa penekanan kepada pembacaan sebagai wahana penting dalam usaha keilmuan dan pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia
.

Dalam hal ini,Islam mengangkat ilmu pada kedudukan yang tertinggi.Justeru untuk melahirkan masyarakat cemerlang dan sebuah tamadun yang kuat,kita seharusnya berlumba-lumba untuk mencapai ilmu pengatahuan yang tertinggi. Kita harus menanam dalam diri kita sikap’ ghairah’ mencari ilmu dan bukannya ‘ghairah’ mencari hiburan.

Menurut Ibu Khaldun dalam membincangkan budaya ilmu,beliau berpendapat bahawa sesebuah bangsa yang kuat sekiranya tidak diakar dengan budaya ilmu yang baik akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain.Maknanya segagah mana pun sesebuah masyarakat dari segi ekonomi misalnya hanyalah tempelan luaran semata-mata kerana sekiranya tiada budaya ilmu yang tinggi,maka nilai-nilai tamadun lain akan meresap dalam masyarakat.Hal ini jelas dalam situasi kita di Malaysia,masyarakat kita masa belum lagi meletakan budaya ilmu di peringkat yang paling tinggi,jadi tidak hairanlah unsur-unsur hedonisme barat begitu mudah meresap dalam diri masyarakat Malaysia.

Pada pandangan saya realiti di Malaysia, budaya ilmu masih lagi jauh ketinggalan. Ini dapat diukur dengan, budaya membaca bahan bermutu yang masih rendah. Malah jumlah buku yang diterbitkan di Malaysia dalam semua bahasa masih lagi rendah jika dibandingkan dengan Korea Selatan yang kini sedang pesat membangun.


Justeru itu,untuk mencapai insan cemerlang dan seterusnya membina ummah terbilang kita harus melatakkan budaya ilmu setinggi yang mungkin.Kita harus mempopularkan tokoh-tokoh ilmuan kita sepopular artis-artis pada hari ini.Kita juga harus mencampakkan benih-benih budaya membaca yang kuat dalam diri masyarakat .Dengan ini,impian negara kita pasti terlaksana.Salam Maal Hijrah 1428.

Mohd Rezwan B Alias
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia
UiTM,Pulau Pinang


Mohd Rezwan B Alias
840807145123
0193039160

Fakulti Kejuruteraan Kimia
Universiti Teknologi MARA
Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

posted by rezwan @ Tuesday, January 23, 2007, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home