BUKU: I AM MUSLIM
Sunday, June 24, 2007

Buku: I AM MUSLIM
Penulis: Diza Zaman
Muka surat:273
Harga:RM 30.00
“I am Muslim”.Buku ini saya beli di Kinokuniya KLCC semasa berkursus di UiTM Shah Alam pada 12 Jun 2007 yang lalu.Saya suka beli buku di Kinokuniya kerana buku-buku di situ banyak dan ada “offer”. Tapi pada hari itu memang saya dah “aim” nak beli buku ini.Bila tiba di sana saya terus mencari buku ni,buku-buku lain saya pandang tanpa nafsu.
Sebenarnya buku ni dah lama saya nampak di pasaran,saya pernah memegangnya dan bercadang nak beli,tetapi bila tgk covernya yang “sempoi”,terus tawar hati. Namun, apabila saya menyibuk di laman blog jiwarasa (http://jiwarasa.blogspot.com/), sungguh tertarik dengan pandangan dia tentang buku ini.
Buku ini ditulis oleh Dina Zaman’s,dia juga pernah dikenali sebagai Dina’s Dalca sewaktu menjadi kolumnis NST,dia juga seorang wartawan Malaysiakini. Dina banyak megarang cerita -carita fiction dan sajak. Ini adalah buku pertama dia yang berbentuk non-fiction
Sinopsis buku ini adalah menceritakan worlview Dina sendiri dalam melihat Islam di Malaysia. Pada muka surat awal Dina menceritakan tentang definasi Islam, Rukun Islam (Five Pillars of Islam) dan Rukun Iman ( Six Pillars of Faith). Dina juga memuatkan sejarah ringkas Nabi Muhammad SAW( Peace Be Upon Him).
Namun,bila kita selak dari muka surat ke muka surat, saya lihat Dina ni menghidangkan kekeliruan kepada pembaca. Apa yang saya dapati adalah, Dina mempersembahkan sikap-sikap negatif masyarakat Islam di Malaysia seperti amalan-amalan jumpa bomoh, isu pakai tudung,homeseksual dan lain-lain(mohon baca sendiri untuk mengetahui lebih lanjut). Kita tak nafikanlah,perkara-perkara ini berlaku,tapi apa yang mengecewakan,Dina gagal memberi kesimpulan yang berlandaskan worldview Islam dan lebih suka biarkan ia tergantung.Di mana,pembaca perlu buat kesimpulan sendiri.
Saya juga melihat ada unsur-unsur islam liberal dalam buku ini. Kalau kita nak tahu antara isu islam liberal ni adalah feminism,poligami,kesamaan gender dan lain-lain termuat dalam buku ini.Saya tidaklah mengatakan Dina ni Islam Liberal,kerana dia pun dah buat penjelasan bahawa dia ni seorang “practice Muslim”,cuma belum sampai seru lagi nak pakai tudung.
Cover buku ini juga mengecewakan, nampak terlalu sempoi dan saya rasa tajuk juga tidak begitu sesuai dengan kandungan dalam buku ini. JUSTERU NASIHAT SAYA KEPADA PEMBACA,PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI DAYA SARING YANG TINGGI SEMASA MEMBACA BUKU INI.
posted by rezwan @ Sunday, June 24, 2007,
,
![]()
2 Comments:
- At 3:37 PM, Shamsiah Mahli said...
-
Salam, rezwan, akak dah tengok buku tu. tapi memang buku ni memang mengelirukan pembaca.
maknanya kita kena lawan dan tulis buku juga. saya seorang muslim.
akak dah mula dah. jom kita sama2 buat buku
kak sham - At 2:50 AM, rezwan said...
-
tq atas komen kak sham.saya cadangkan kalau kita dapat wat artikel,kumpulkan dan jadikan satu buku i am muslim,saya sudi nak menyumbang.
JOM PAKAT2 PI NGAJI DI KOMPLEKS AN-NAHDHOH
Friday, June 22, 2007
Pada setiap hari sabtu, saya akan menghadiri kuliah tafsir di Kubang Semang. Kuliah mingguan itu diadakan di Kompleks An-Nahdoh.Sambutan kuliah ini,sangat menakjubkan.Saya tak pernah melihat di Malaysia ini kuliah mingguan yang begitu ramai mencecah ribuan orang. Justeru,saya nak hebahkan kepada pengunhung blog saya,samada yang duduk di Penang,Kedah,Perak, hatta satu dunia sekalipin yg menziarahi blog ni,jom pakat2 kita turun,mai menuntut ilmu di "taman2 syurga "dunia .
Tarikh : Setiap hari Sabtu
posted by rezwan @ Friday, June 22, 2007,
,
![]()
3 Comments:
- At 5:54 AM, Asmadi Ahmad said...
-
This post has been removed by the author.
- At 5:57 AM, Asmadi Ahmad said...
-
Izinkan saya mengambil kesempatan untuk memasukkan link berhubung kompleks An Nahdhoh ni untuk makluman bersama.
Laman kuliah ustaz mutalib
www.menadahkitab.com
Laman web An Nahdhoh Inn
www.annahdhoh-inn.com - At 7:28 AM, insan biasa said...
-
sy selalu menghadiri kuliyah ustaz kutalib ketika ada di rumah, tetapi sekarang sy belajar di luar, jd jarang blk.. sy harap kuliyyah ustaz bole diupdate dr semasa ke semasa..
SEMINAR ISLAM ITU MUDAH
Monday, June 18, 2007
Setiap minggu pada hari sabtu biasanya saya akan menghadiri kelas Tafsir al-Quran di Kompleks an-Nadhoh di Permatang Pauh. Saya memang suka ikuti pengajian di kompleks itu kerana suasana keilmuannya membuat saya tenang. Saya tak pernah berjumpa di tempat-tempat lain sebelum ini, dimana kelas tafsir di buat di dewan besar, ustaz duduk didepan dan orang ramai berpusu-pusu datang mengerumuni ustaz sehingga melimpah keluar dewan setiap minggu.Tak palah,kisah pengajian tafsir saya mungkin saya cerita lain kali.
Namun minggu lepas,saya tangguhkan pengajian di Kompleks an-Nadhoh kerana saya mengikuti satu seminar yang dianjurkan oleh Institut al-Qayyim( sinonim dengan SS DR Mohd Asri Zainul Abidin) dan Majalah I. Seminar itu bertempat di USM Pulau Pinang. Seminar itu bertemakan “Islam Itu Mudah” membawa beberapa panel yang mashallaaah hebat. Antaranya Mufti Perlis sendiri,Dr Juanda Jaya,Prof Dr Mahmood Zuhdi,Brother Shah Kirit Kalkula Govindji dan Mazlee Malik.
Sebenarnya apa yang menarik minat saya untuk menghadiri seminar ada beberapa sebab.
Antaranya…..
Dr Mohd Asri Zainul Abidin memang menjadi penarik utama saya “join” seminar ini. Saya ini memang dari dulu nak jumpa Dr Asri,nak dengar ceramah beliau,nak lihat beliau dari dekat.Memang teruja,lebih-lebih lagi semenjak dia diamanahkan sebagai Mufti Perlis,banyak pandangan-pandangan dia yang kontrovesi yang membuat sesetengah orang tak begitu selesa dengan dia.
Prof Dr Mahmood Zuhdi,tokoh akademik dari Akademi Pengajian Islam,UM. Beliau ini memang saya tabik spring dari dulu.Pasal idea-idea dia lain dari yang lain. Sebagai contoh saya ingat lagi tahun lepas, apabila Prof bawa isu nikah Misyar,heboh satu Malaysia.Saya ingat dengan jelas waktu tu,pasal saya penganggur terhormat waktu tu.
Saya petik sedikit beberapa bahagian seminar yang menarik itu. Terlalu banyak buah-buah fikiran dari para panelis dihidangkan kepada audien. Apa yang peling penting,Islam itu mudah.Cuma kita ini umat islam kadang-kadang dari sudut feqah suka menyusahkan diri kita sendiri.Dr Asri sendiri menggesa dalam ucaptama beliau menyuruh memperkenalkan feqah yang mudah-mudah kepada non muslim dalam dakwah.Menurut Dr Asri,kempen perkenalkan Islam dengan konsep ini akan menarik lebih banyak minat orang bukan Islam. Saya sangat setuju pendapat DR Asri itu,saya rasa kalau orang islam menghayati feqah,pasti agama Islam itu begitu mudah.
Namun begitu,ada beberapa pandangan Dr Asri yang saya tidak setuju.Saya percaya Dr asri ini memang mempunyai idea yang begitu besar dalam konteks dakwah di Malaysia.Kalau kita baca tulisan-tulisannya di akbar semenjak dua ni,dia banyak
mengkritik golongan-golongan ustaz ini kerana tidak memberi tasawur (Islamic view) yang tidak jelas dan tidak berdasarkan sumber-sumber yang sahih.Menyebabkan Umat Islam Malaysia tidak maju.
Mungkin ada betulnya pandangan Dr Asri tu,tapi persoalannya adakah semua ustaz begitu?Adakah Umat Islam kini tidak maju kerana golongan-golongan agawan dan ianya telah dibuktikan dengan kajian ilmiah atau sekadar pandangan peribadi?
Saya melihat dari sudut berbeza.Bagi saya ustaz mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat kita.Kita semua hormat ustaz.Kita tahu mereka mempunyai ilmu agama yang lebih dari orang awam.Saya yakin bahawa usaha ustaz-ustaz terdahulu harus dihargai dalam memberi kefahaman Islam.Jika dibandingkan dengan dahulu,saya rasa pemahaman tentang agama masyarakat kini bertambah baik.
Pada pandangan saya isu ini perlu dilakukan secara tertutup. Kita tidak mahu imej ustaz ini jatuh kerana dilabel dengan imej-imej yang negatif. Satu kerisaun yang mungkin akan wujud masyarakat tidak hormat pada golongan agamawan.Ini terbukti apabila semasa sesi soal jawab,ada peserta yang sudah berani melebel “ustaz mangkuk “.
Akhirnya yang rugi adalah umat islam itu sendiri.Suasana ini akan menjadikan umat islam bertambah “BENGONG”.Sekiranya ustaz-ustaz ini dah tak boleh dipercayai,kepada siapa permasalahan tentang islam ingin dirujuk lagi….
posted by rezwan @ Monday, June 18, 2007,
,
![]()
1 Comments:
- At 9:54 AM, Abu Hasif said...
-
saudara. elok kiranya saudara meneliti semula ucapan-ucapan SS DR Asri dalam menilai masalah ini. yang saya fahami ialah Dr Asri cuba membawa dimensi baru iaitu menghilangkan kekebalan ustaz dalam semua pekara. ramai ust dirujuk oleh kebanyakan masyarakat awam sehinggalah masalah sakit perut sekalipun! selamat menonton ucapam SS Dr Asri di youtube.
BUKU:ATAS NAMA CINTA
Friday, June 15, 2007
Buku ini saya beli tahun lepas pada 12 disember 2006 ketika keluar berjalan-jalan bersama adik saya Kak dayah di KLCC. Sebenarnya saya saja bawa kak dayah ke kedai buku Kinokuniya untuk pupuk budaya membaca.
Buku ini merupakan sebuah Novel Sejarah yang ditulis oleh ISa KAmari.Isa dilahirkan pada 1960. Beliau meraih ijazah B.Arch. (Hons) daripada Universiti Nasional Singapura pada 1988. Beliau kini sedang menjalani program M.Phil. bagi kajian sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bertugas sebagai Arkitek Prinsipal dengan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura, LTA.
Pada 2006, Isa telah menerima S.E.A. Write Award di Bangkok, ThailandNovel in berlatarbelakangkan keadaan Tanah Melayu sebelum merdeka sekitar 1940-1950.Di mana waktu itu ada kes perubutan Hak penjagaan Nadra Ma'rof/MAria HErtogh.Pasti kita pernah mendengar tentang bagaimana Nadra ini seorang anak Belanda yang telah dijaga oleh seorang wanita melayu dari kecil sehingga mengamalkan cara hidup islam,tetapi telah dituntut oleh keluarga asalnya.Akhirnya Nadra diserahkan kepada ibu kepda ibu asalnya beragama Kristian lalu dimurtadkan.
Buku ini sangat menarik,saya sendiri rasa geram kerana negara waktu itu negara dibawah british tidak mempunyai mahkamah syariah yg dapat mempertahankan hak orang islam.Tetapi hari ini,kita heran kerana ada orang islam byk murtad ingin mencabar mahkamah syariah.
Buku ini turut memuatkan peta Tanah Melayu dan pembeli akan dihadiahkan sekeping CD lagu.
posted by rezwan @ Friday, June 15, 2007,
,
![]()
0 Comments:
BUKU:GENERASI MUDA ISLAM & CABARAN GLOBALISASI

posted by rezwan @ Friday, June 15, 2007,
,
![]()
0 Comments:
Filem Dan Drama Hantu Membawa Pemikiran Tahyul
Fanomena ini boleh dijadikan sebagai kayu ukur bahawa masyarakat kita khususnya orang Melayu begitu berminat dengan perkara-perkara berbentuk mistik serta kurafat. Hal ini dikuatkan lagi dengan pemaran hantu, jin dan keranda yang mendapat sambutan yang begitu luar biasa dikalangan masyarakat Malaysia pada awal bulan Mac tahun ini. Langkah yang tepat telah dilakukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan apabila menegah pameran tersebut daripada terus berlangsung. Menurut Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata pameran berunsur tahyul dan kurafat boleh menjurus kepada makruh dan seterusnya haram apabila mendatangkan mudarat kepada akidah umat Islam.
Namun karyawan-karyawan yang menekuni filem-filem hantu dan drama-drama berbentuk mistik ini seolah-olah tidak mempedulikan hikmah mengapa elemen-elemen tahyul dan kurafat ini ditegah dalam agama. Mungkin ada sesetengan pendapat karyawan-karyawan bahawa cerita yang dihasilkan adalah untuk hiburan semata-mata. Dengan hanya memanfaatkan unsur ketakutan, karyawan-karyawan terus menengahkan konsep mistik atau jenis hantu kerana keuntungan yang akan diterima lebih tinggi daripada genre-genre yang lain.
Peter Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk “ The Cultivation of Hatred “ menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setiap abad manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan-golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahyul dan mistik.
Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat. Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak mampu untuk menjadi negara yang maju. Justeru, adakah kita kita ingin kembali kepada zaman dimana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita pada satu ketika dahulu ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan?
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) amat memandang serius perkara ini, khusunya dalam membina generasi yang mempunyai kefahaman Islam yang tepat dan tidak terpengaruh dengan pemikiran tahyul.PKPIM mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan dapat menegur filem-filem dan drama-drama mistik dan tahyul yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.
PKPIM juga menggesa agar Lembaga Penapisan Malaysia berperanan dengan lebih proaktif dalam menangani isu ini.Masyarakat tidak seharusnya memilih filem hantu dan mistik kerana ia bukan sahaja melalaikan malah boleh menjejaskan akidah kerana ia berunsurkan tahyul dan kurafat. Penguatkuasaan haruslah diambil secara tegas bagi membendung dan menghalang agar pemikiran tahyul ini tidak menjadi batu penghalang kepada masyarakat untuk menjadi generasi Ulul Albab.
MOHD REZWAN B ALIASEXCO PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKANPERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA
840807145123
01903039160
SEKRETARIAT PKPIM PUSATANJUNG RAHMAT.
BT6, JALAN GOMBAK51300
KUALA LUMPUR.
posted by rezwan @ Friday, June 15, 2007,
,
![]()
0 Comments:




