BUKU:ANGKATAN BARU
Sunday, July 15, 2007
Buku yang saya nak promosi ini merupakan sebuah Novel Sastera karya HAMKA. Saya telah lama tidak baca Novel Sastera, rasanya otak macam tepu sahaja,kerana membaca buku-buku yang ilmiah sangat.Sesekali otak juga perlu diberi bacaan yang bersifat kreatif seronok juga.
Sememangnya saya memang meminati novel karya HAMKA. Nama sebenarnya beliau Haji Abdul Malik b Karim b Amrullah dan dilahirkan 17 Feb 1908 di Sumatera Barat. Beliau seorang intelektual,pejuang dan pendakwah. Saya tertarik dengan pemikiran beliau dan karya-karya beliau mendahului zamannya. Antara Karya-karya beliau yang saya pernah baca dan cukup terharu apabila menghayatinya adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah,Merantau Ke Deli dan lain-lain.
Pada hari itu ,saya telah memilih buku ini memandangkan tarikh tersebut ramai yang buat walimah,lagipun cover buku ini ada melambangkan perkahwinan. Buku itu saya ambil lalu terus dibayar di kaunter tanpa meyelak terlebih dahulu kerana saya percaya karya HAMKA memang tidak akan mengecewakan apabila dibaca.
Sinopsis buku ini menceritakan tentang seorang wanita cantik yang terpelajar iaitu Syamsiar. Syamsiar ini merupakan anak yang disanjung oleh keluarga kerana dia ni lulusan diploma Pengajian Islam. Biasalah orang dahulu,kalau anak masuk universiti hatta diploma sekalipun satu kampung bangga.Maklumlah lepasan universiti.
Namun, Syamsiar ini walaupun lepasan Pengajian Islam tetapi tidak solehah. Pasal apa tidak solehah?Pasal Syamsiah ini ada satu sikap iaitu malas.Malas nak kemas rumah,malas tolong ibu di dapur dan suka mengurungkan diri di bilik sambil membaca novel picisan. Patutlah Si Faisal Tehrani marah dengan karya-karya novel picisan,sememangnya boleh melalaikan. Satu lagi sikap Syamsiah ni dia ni terlalu memilih pekerjaan dan suka bersenang- lenang. Syamsiah juga terlalu memilih pasangan,sampaikan di kampung Syamsiar tiada lagi jejaka yang sudi melamar Syamsiah.
Nak dipendekan cerita, satu hari Syamsiar berkenalan dengan Hasan seorang ustaz yang kuat bekerja dan gigih menyampaikan dakwah. Dan mereka jatuh cinta lalu berkahwin.
Walaupun sudah berkahwin,sikap Syamsiar masih tidak berubah. Makan dan pakaian suaminya ibu Syamsiar yang sediakan,Syamsiar hanya duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa dan hanya meminta suaminya melayaninya semata-mata. Lama-lama ustaz Hassan pun pudar rasa cinta kepada Syamsiar kerana sikapnya yang mengada-ngada.
Justeru,nak tahu lagi apa yang berlaku antara Syamsiah dan Ustaz Hasan boleh la baca sendiri.
Buku ini sarat dengan pengajaran.Ia mengajar kita tentang cabaran alam perkahwinan. Isu memilih kerja dikalangan graduan juga masih relevan pada hari ni walaupun karya beliau ini sudah lama. HAMKA juga menasihati kepada muslimin jangan terleka dengan tanggungjawab kepada tuhan,masyarakat dan keluarga.Kerana perkahwinan itu manis sekiranya betul caranya.
posted by rezwan @ Sunday, July 15, 2007,
,
![]()
0 Comments:
Tajuk:Risalah Usrah Penyunting:Mohd Rumaizudin Ghazali Halaman:80 ms Terbitan:ABIM
BUKU:RISALAH USRAH
Monday, July 02, 2007
Risalah Usrah ini sebenarnya boleh dijadikan panduan dan rujukan dan amat sesuai bagi mereka-mereka yang mempunyai usrah. Dalam buku ini,tema-tema dalam ayat al-Quran dipilih adalah berdasarkan kepada Risalah Tarbiyah yang disusun oleh Dr Abdul Halim El-Muhamady dan Panduan Perlaksanaan Usrah oleh Haji Abd Halim Ismail.
Risalah ini hanya memuatkan indeks ayat-ayat serta terjemahannya sahaja. Justeru adalah disarankan supaya rujukan yang lebih lanjut diperlukan dalam mentafsir ayat-ayat yang terkandung dalam buku ini.
Bagi saya buku ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan dan ayat-ayat hafazan yang boleh membantu kita dalam bacaan ketika solat. Ia juga dapat membantu naqib-naqibah sebagai rujukan dalam melaksanakan usrah. Cover buku ini juga sangat menarik dan ia sesuai dibawa kemana-mana.
posted by rezwan @ Monday, July 02, 2007,
,
![]()
0 Comments:
