Site Network: Personal | My Company | Artist projects | Shop

 



BUKU:PUDARNYA PESONA CLEOPATRA


Buku ini sangat bermakna buat saya. Kisah saya untuk mendapatkan buku ini begitu susah. Jadi nilainya sangat tinggi bagi saya. Kebiasaanya, setiap buku yang saya beli akan saya catatkan tarikh dan sedikit ulasan pada muka surat pertama buku yang dibeli.

Buku ini saya beli pada 5/8/2007, selepas pulang ke Perkhemahan Remaja Merdeka di Masjid Negara. Selepas tamat program tersebut, saya dan beberapa orang sahabat sempat singgah ke Pustaka Indonesia yang terletak di Jalan Masjid India. Kadai buku ini banyak menjual buku-buku dari Indonesia. Memasuki kedai ini, anda akan rasa terpegun kerana banyakknya buku-buku dari Indonesia boleh anda dapat di sini. Saya mengajak sahabat-sahabat saya singgah ke sini sebelum kami pulang ke Pulau Pinang sebagai salah satu usaha dakwah dalam menyemai budaya membaca.

Apa yang ingin saya kongsi pada pengunjung blog ini adalah begitu bermaknanya buku ini kepada saya. Bermula kesusahan berjalan dari Masjid Negara ke Pustaka Indonesia,yang jauhnya dalam 5 km sambil membawa beg yang sarat dengan pakaian dan paling menyedihkan apabila saya tertinggal buku ini di dalam bas ekspres sewaktu saya turun di Butterworth. Usaha menjejaki buku ini begitu payah, nasib baik Pn Sapiah, kerani tiket bas dari Kamunting bagitu baik hati, lalu mengepos buku ini kepada saya,selepas saya mengetahui buku ini ditinggalkan oleh pemandu bas di kaunter bas Kamunting.

Saya begitu gembira, apabila buku ini selamat sampai atas meja pejabat saya. Dengan penuh ghairah, buku ini saya baca sehelai demi sehelai sehingga habis. Ternyata karya Habiburrahman El- Shirazy sangat menarik dan penuh pengajaran.

Tajuk : Pudarnya Pesona Cleopatra
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Terbitan : Ar- Risalah Production
Halaman : 125
Harga : RM 11.90


Buku ini dicetak buat kali pertama dalam Bahasa Indonesia pada Nov 2005. Dan setakat ini buku ini telah dicetak sebanyak tiga kali dalam bahasa Indonesia. Terbaru, cetakan pertama dalam Bahasa Malaysia pada April 2007. Buku nipis ini mengandungi 2 novel yang ditulis oleh penulis sewaktu menuntut di Mesir. Tema besar novel ini adalah cinta sesama suami isteri yang disulamkan dengan ketakwaan kepada Allah. Novel ini bukan sahaja sesuai untuk pasanagn suami isteri, tetapi juga kepada mereka yang belum berumah tangga.

Kisah novel pertama yang termuat dalam buku ini bertajuk Pudarnya Pesona Cleopatra yang mengisahkan pasangan suami isteri. Raihana seorang wanita yang taat,serta solehah telah berkahwin dengan seorang pensyarah yang baru sahaja pulang dari menamatkan pengajian di Mesir. Perkahwinan mereka atas persetujuan ibu kedua-dua belah pihak dimana ibu Raihana telah berjanji dengan ibu suaminya untk mengahwinkan mereka semasa mereka kecil. Yang menjadi konflik adalah suami Raihana, yang terpaksa menuruti perintah ibunya untuk berkahwin dengan Raihana walaupun tiada perasaan cinta kepadanya. Suami Raihana, sebenarnya mempunyai citarasa yang tinggi. Dia bercita-cita menginginkan seorang isteri dari Mesir yang mempunyai ciri-ciri Ratu Cleopatra.Tinggi lampai,,wajah putih, hidung melengkung indah, mata bulat bening khas Arab dan bibir menawan-sejuk mempesona. Oleh sebab menginginkan isteri yang cantik sempurna, hubungan mereka suami isteri hambar berbulan lamanya .Sehinggalah pada suatu hari apabila suami ini bersembang dengan Pak Qalyubi, sewaktu mereka berkursus bersama. Kisah Pal Qalyubi tentang kehidudapan sedihnya yang tersiksa kerana berkahwin dengan wanita Mesir menimbulkan kesedaran kepada si suami. Lantas rasa cinta kepada Raihana membuak-buak. Si suami terus insaf namun semua sudah terlambat….

Kisah kedua dalam buku ini tidak kurang menariknya untuk dibaca. Novel bertajuk Setitis Embun Cinta Niyala mengisahkan seorang gadis yang solehah,cantik dan bakal menjadi seorang doktor terpaksa mengadapi dilema dalam membuat keputusan hidup. Niyala yang gembira kerana akan mendapat ijazah sarjana muda bidang perubatan beberapa hari saja lagi tiba-tiba menjadi sedih apabila mendapat surat kiriman dari ayahnya, Pak Rusli di kampung. Kandungan surat tersebut betul-betul merentap kegembiraannya. Isi kandungan surat tersebut meminta Niyala untuk menerima pinangan Roger anak Haji Cosmas. Pak Rusli telah banyak terhutang budi dengan Haji Cosmas sewaktu arwah ibu Niyala sakit. Pak Rusli yang miskin terpaksa berhutang dengan Haji Cosmas untuk membiayai kos perubatan. Namun, hati Niyala begitu benci dengan Roger. Roger pernah berniat untuk memperkosanya sewaktu dia berusia 4 tahun.Tetapi selamat Niyala dapat melarikan diri. Kebencian Niyala terhadap Roger makin mebuak-buak apabila sahabat karibnya Hesti menjadi pelacur disebabkan Roger. Niyala tersepit antara pendirian diri dan juga ketaatan kepada ayahnya....

Secara kesimpulannya,banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari buku ini. Bagi saya, buku ini bukan berkisar atas elemen cinta semata-mata, tetapi penulis berjaya memberi penghayatan dan membawa pembaca apakah keperluan kita supaya mampu mencapai cinta suci. Yang pasti, cinta sesama manusia itu, perlu disertai dengan cinta pada Rabb.

posted by rezwan @ Monday, August 20, 2007, ,

1 Comments:

At 5:14 AM, Blogger Fieda said...

Emm mcm best jer novel tu..ape ending nyer...

 

Post a Comment

<< Home



THE STAR COMMENT ON PKPIM STAND



On The BeatBy WONG CHUN WAI
Shame on them! Instead of protesting against the cruelty of the Talibans and taking up other more important issues, the National Union of Malaysian Muslim Students (PKPIM) is picking on a trivial matter like Gwen Stefani’s concert in Kuala Lumpur.

IT was merely a news item in a newspaper known more for its sensational news on crime and celebrities. Most Malaysians probably did not even know about the controversy as it was ignored by major dailies, but it did make its way around the world.

From the United States to Down Under, the call by the National Union of Malaysian Muslim Students to ban Gwen Stefani’s concert in Kuala Lumpur on Aug 21 was given coverage.
The student group claiming to have 10,000 members achieved notoriety with a statement by its vice-president Abdul Muntaqim who purportedly said that the singer’s performance and attire were not suitable for Malaysian culture.

He reportedly said “it promotes a certain degree of obscenity and will encourage youths to emulate the Western lifestyle”.
Union president Mohamed Hilmi Ramli warned that the concert be cancelled, “failing which we will ask the authorities to intervene”.

Fuyoh! I am not sure whether Abdul Muntaqim and Mohamed Hilmi have watched Stefani’s videos but, seriously, my friend, no MTV fan can agree with you that flat-chested Stefani would fall under the sexy category.

Like many Malaysians, I am deeply troubled by the perception of these students.
The American singer, who is a mother of one, does not have an image problem and neither is she a frequent rehabilitation visitor, like Britney Spears or Lindsay Lohan. If we look at our own shores, we have Jamal Abdillah. I don’t recall the union pressing for a ban of his shows.

Yes, we can expect the diva, who has sold over tens of millions of albums worldwide, to kick up a storm with her Harajuku Girls, the four back-up singer-dancers from Japan, but certainly none of us would suffer moral decay, as the paranoid students fear.
The students are of course entitled to their views although I am surprised that they even deserve a space in that newspaper or that a reporter could have called them up for reaction to spice up the story and create controversy.

But how we wish that these students would speak up with the same passion against corruption, racism and abuse of power, which their predecessors had done at Universiti Malaya.
As an undergraduate from 1968 to 1971, Datuk Seri Anwar Ibrahim was the president of the National Union of Malaysian Muslim Students and his cause then was rural poverty and hunger. It certainly was not pop concerts!

We have also not seen any statement from them to protest against the cruelty of the Talibans, which Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar has spoken against. Shame on them that they have to pick on a trivial matter like Stefani’s concert.
This is not the first time. I remember during the 1980s, when I was a student at Universiti Kebangsaan Malaysia, that these PAS-inclined students demonstrated against the Alleycats’ concert in campus.

Here was a group of non-Malay singers performing Bahasa Malaysia songs to a packed audience of racially-mixed students and just outside were the demonstrators. Around the same time, another group of students staged a protest against Sheila Majid at Universiti Malaya.
PAS, for example, used to protest against pop concerts, using the same argument. But even the Kelantan state government has loosened up a bit by allowing concerts by Malay singers, never mind if the audience at these shows are gender segregated.
Realising the need to win young voters and shed its ultra-conservative image, the party leadership has attempted to take a more moderate view, even acknowledging that entertainment is acceptable.

Presumably, younger leaders like Datuk Husam Musa and Datuk Kamaruddin Jaafar have managed to re-brand PAS to be more palatable.

PAS leaders like Kelantan Mentri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat used to argue differently, but for the sake of political expediency, different views are now being put up.
Still, there are rumblings from certain sections of the party against TV3’s successful Jom Heboh series of concert-trade promotion shows, supposedly because of the free mingling of sexes. It is hardly convincing but there are enough PAS supporters who hold this view.

Despite the huge publicity given to the student body’s statement by newspapers and websites abroad, including one headlined Malaysia says no to Gwen Stefani show, and an introductory paragraph in Music, a popular American pop music site, that said “Those crazy Malaysians are at it again – citing indecency and provocativeness, the National Union of Malaysian Muslim Students has called Gwen Stefani obscene and offensive,” the fact is that it does not speak for the rest of Malaysians.
Some of us lucky ones are going to Stadium Putra to party to Stefani’s music and have fun!

posted by rezwan @ Tuesday, August 07, 2007, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



BUKU: AYAT-AYAT CINTA

Saya teringat dahulu,waktu itu tahun lepas,ada seorang sahabat saya mempromosikan buku ini kepada saya.Dia berkata” Novel ini Best Seller di Indonesia,sekarang dah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Novel ini bukan sahaja menceritakan kisah cinta agung,tapi sarat dengan pelbagai elemen islamik.Kau mesti baca !!!!”

Begitau ulasan sahabat saya,Fendi kepada saya. Fendi ni memang suka membaca,jadi cadangan dia pastinya tidak mengecewakan.

Masih segar dalam memori saya sewaktu mendapatkan novel ini. Waktu itu saya beli bersama seorang sahabat di sebuah kedai buku di Plaza Angsana. 28 Oktober 2006.Tarikh itu jatuh pada bulan Ramadan,suasana yang saya rasa sangat meriah. Penggerai menjual pelbagai hidangan berbuka puasa,kuih raya,baju raya dan sebagainya. Tambahan pula, saya baru sahaja selesai menduduki kertas terakhir pengajian saya di UTM pagi tersebut.Jiwa terasa lapang..MERDEKA!!!!Perasaan saya seolah-olah menyambut 50 tahun Kemerdekaan Malaysia pada waktu itu.


Sedikit Latarbelakang Penulis. Nama penulis adalah HABIBURAHMAN EL-SHIRAZY atau nama panggilannya Kang Abik.Beliau lahir di Semarang, Indonesia. Beliau pernah menuntut di Fakulti Usuluddin, jurusan hadith di Universitu Al-Azhar Mesir. Antara karya beliau yang mendapat sambutan hangat adalah, Ketika Cinta Berbuah Syurga, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta dan lain-lain. Selain itu juga, Kang Abik gigih dalam dakwah. Beliau dan adiknya telah bersama-sama menubuhkan Pesantren Basmala, Indonesia. Kang Abik menyatakan bahawa, hasil buku “Ayat-Ayat Cinta” ini adalah bertujuaan untuk menyuntik dana bagi pesantern beliau.

Kisah yang termuat dalam novel ini berlatarbelakangkkan bumi Mesir,bumi Anbiya. Dimana penulis mengenalkan seorang watak mahasiswa Indonesia bernama Fahrir. Fahrir ini seorang yang tekun menuntut ilmu, hafaz al-quran,bertubuh tinggi, romantik, aktif berpersatuan,aktif bersukan,pandai bahasa Arab, Inggeris ,German dan Turki. Walaupun Fahrir ini sudah dikira lelaki pujaan wanita kerana jika dilihat Fahrir ni seorang lelaki yang Ideal,tetapi Fahrir sangat merendah diri. Dia sedar diri keluarga dia seorang yang miskin dan tidak layak untuk berpacaran. Fahrir juga seorang yang komited terhadap dakwah.Pendek kata, Fahrir ini sungguh berkarismalah orangnya.

Sikap Fahrir yang baik dan menghormati jiran menarik minat seorang gadis Mesir bernama Maria dan keluarganya yang beragama Kristian yang tinggal di atas rumah sewa dia bersama rakan-rakannya Dalam diam-diam, Maria telah jatuh hati kepada Fahrir kerana terpikat atas perwatakan Fahrir sebagai pemuda islam.

Namun begitu , dalam hati Fahrir, beliau meminati seorang siswi Indonesia bernama Nurul. Wajah nurul yang manis dan tingkah laku yang sopan menyebabkan Fahrir memendam perasaan pada Nurul. Tambahan pula Nurul merupakan anak kepada kiyai yang terkenal di Indonesia. Oleh kerana, Fahrir ini seorang yang pemalu,perasaan ini hanya dipendam.

Dua lagi watak wanita yang telah jatuh hati kepada Fahrir adalah Nuora dan Aishah. Nuora meruapakan siswi Al-Azhar yang berketurunan Mesir. Nuora telah dipertemukan dengan Fahrir apabila Fahrir menolong masalah yang dihadapi Nuora. Lantaran itu,Nuora telah melayangkan sepucuk surat cinta kepada Fahrir.

Aishah pula merupakan seoang wanita berketurunan campuran Turki dan German. Pertemuan dia dan Fahrir di Metro (komuter) pada satu hari, menyebabkan Aishah banyak meminta pandangan serta pertolongan dalam soal-soal agama dan juga kajian yang sedang dilakukan oleh Aishah tentang budaya masyarakat Islam Indonesia. Beberapa pertemuan bersama Fahrir telah membawa bibit percintaan dalam diri Aishah.

Begitulah dilema yang dialami Fahrir apabila empat orang gadis meminati dirinya. Namun, prinsip Fahrir adalah dia hanya inginkan seorang isteri sahaja untuk dijadikan teman hidup dan ketua bidadari di syurga nanti.

Jadi, anda bolehlah mendapatkan buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya. Buku ini sangat menarik. Anda akan melekat untuk terus membaca apabila selesai membaca muka surat pertama sahaja.

Bagi saya ini adalah satu novel pembangunan jiwa. Dalam novel ini penulis mengupas beberapa isu ,antaranya,hubungan orang Islam dengan orang kafir, watak seorang Muslim yang sebenar dan banyak lagi. Novel ini memberi impak dalam jiwa dan saya syorkan untuk dibaca.






posted by rezwan @ Tuesday, August 07, 2007, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



SIARAN MEDIA:PKPIM MEMBANTAH PENGANJURAN KONSERT GWEN STEFANI YANG DIJADUALKAN PADA 21 OGOS 2007

Oleh: Mohd Hilmi Ramli
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melahirkan rasa kesal di atas rancangan Syarikat Maxis Telekomunikasi Berhad menganjurkan konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos 2007 ini. Penganjuran konsert terbabit jelas menunjukkan yang ia bertentangan dengan budaya dan norma-norma kehidupan masyarakat timur. Kehadiran artis luar ini dikhuatiri akan mempersembahkan persembahan yang melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melihat kepada latar belakang dan sejarah penyanyi berkenaan.

Tambahan pula tayangan iklan dan klip video artis tersebut dilihat tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Tayangan iklan di televisyen berkenaan konsert sangat melucahkan, memberi kesan yang buruk kepada kanak- kanak.

Berdasarkan pemerhatian PKPIM, Syarikat Maxis Telekomunikasi Berhad telah menganjurkan beberapa siri konsert artis luar negara, yang sebenarnya semacam bukan untuk mengangkat martabat industri kesenian negara, akan tetapi mengaut keuntungan dan mendedahkan generasi muda kepada kerosakan moral. PKPIM mempersoalkan sejauh mana sikap ‘corporate social responsibility’ pihak Maxis? Apakah niat sebenar Maxis menganjurkan konsert yang marathon sifatnya itu. Bukankah lebih baik Maxis menaja and membantu pendidikan pelajar miskin di kawasan pendalaman dan kampung- kampung? Kebanyakkan konsert yang dianjurkan menampilkan artis yang tidak senonoh, seperti Pussy Cat Dolls.

Mengikut kod 15.2 daripada suruhanjaya tersebut menyatakan pemakaian artis wanita yang ingin membuat persembahan di Malaysia adalah seperti berikut: i)pakaian hendaklah lengkap, kemas sopan dan tidak terlalu ketat ;ii)pakaian hendaklah tidak mendedahkan sebahagian besar dada dan perut iii) skirt hendaklah di bawah paras lutut; dan iv) kain berbelah (slit) sama ada di hadapan, di tepi atau di belakang hendaklah tidak melebih dua (2) inci di atas paras lutut.

Selain itu, kod 15.3 menyatakan bahawa Artis Lelaki dan Wanita perlu mematuhi garis panduan seperti di bawah: i) muka hendaklah tidak diconteng; ii) pakaian hendaklah tidak koyak atau bertampal-tampal; iii) pakaian hendaklah tidak terlalu jarang atau yang memberikan kesan jarang; iv) pakaian hendaklah tidak memaparkan simbol, perkataan sumbang atau gambar lucah; v) jenis-jenis pakaian hendaklah tidak mnembayangkan pemakainya tidak berpakaian; vi) baju hendaklah berlengan kecuali semasa berpakaian tradisional; vii) tatu hendaklah tidak dipamerkan pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali sememangnya menjadi unsur budaya seseorang artis itu; dan viii) perwatakan hendaklah tidak berlawanan dengan jantina sebenar kecuali dengan kebenaran

Berdasarkan kod etika di atas, sememangnya artis yang bakal dijemput sudah melanggar kod etika tersebut. Bukan setakat kod tersebut, bahkan dari segi adab dan budaya pun sudah bertentangan.

PKPIM melihat sudah ada kecenderungan di beberapa pihak seperti syarikat telekomunikasi yang berlumba-lumba mengadakan konsert di mana kebanyakan artisnya adalah artis luar negara yang jelas tidak mengetahui dan memahami kebudayaan masyarakat Malaysia. Trend ikutan budaya Barat terutama dari segi pemakaian semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Perkara ini bertambah buruk apabila ada pihak yang seakan-akan mengizinkan perkara ini berlaku. Gejala hendonisme iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia. Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan lagi budaya yang tidak sihat ini. Sedangkan seperti yang kita maklum, budaya timur yang menghiasi masyarakat kita sejak turun temurun dari generasi ke generasi begitu kaya dengan amalan budi bahasa, sikap sopan santun, berpekerti mulia yang jelas bercanggah dengan budaya barat ini.

PKPIM bertegas agar pihak pengurusan konsert terbabit, iaitu Maxis segera membatalkan persembahan artis Gwen Stefani pada 21 Ogos 2007 ini. Janganlah tunggu sehingga Maxis dicop sebagai agen perosak bangsa nanti!

MOHD HILMI RAMLI
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

posted by rezwan @ Monday, August 06, 2007, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home