Site Network: Personal | My Company | Artist projects | Shop

 



BUKU:1515


Seperti kata Dr Burhanuddin al-Helmi:

"Atas robohan Kota Melaka
Kita bangunkan Bangsa Merdeka"

.........................................................................................................................................

Adakah anda masih ingat numbor 4 angka ini 1511? Ia bukanlah nombor ajaib yang boleh dijadikan sebagai nombor ekor bagi kaki nombor.Tetapi ia merupakan satu numbor yang menceritakan kisah kejatuhan umat Islam di Nusantara.

Siapa tidak ingat dan kenang, tahun 1511 peristiwa hitam kejatuhan satu umat berjaya,kejatuhan sebuah tamadun melayu yang begitu gemilang. Dahulu kita sangat profesional,kita mampu menguruskan pelabuhan yang terpenting di selat Melaka,kita mempunyai angkatan tentera yang hebat di bawah Perdana Menteri Tun Perak,kita ada pemikir dan ahli falsafah yang masyur,Tun Sri Lanang. Malah bahasa kita merupakan bahasa bahasa dunia, kalau tidak belajar bahasa kita maka tidak mungkin pedagang akan untung di Melaka.

1511, tahun yang menyayat hati, Melaka di serang oleh orang Feringgi yang dipimpin oleh Alfonso de albuquequer. Pada hari itu seangkatan armada dari Goa lalu meyerang Melaka. Petang itu ramai pahlawan-pahlawan Melayu shahid demi pertahankan negara, wanita-wanita ditangkap dan diperkosa dihadapan suami mereka dan ayah mereka, rumah-rumah dibakar sehinga menjadi abu dan ramai penduduk Melaka berjaya dimurtadkan.

Itu dahulu...

Tajuk:1515
Harga :Rm 2+.++
Penulis:Faisal Tehrani
Terbitan: Kumpulan Utusan
Buku ini saya beli minggu lepas semasa Jualan Gudang Utusan di Tmn Shamelin Perkasa. Buku ini memang dah lama saya ingin miliki,tetapi agak susah nak dijumpai, mujur jumpa di sana.
Buku ini ditulis karyan negara Abg Faisal Tehrani, sekali pandang macam Abg Kucing yang menculik Sharlini,ooopsss (sori abg Faisal),tapi kalau tengok memang saudara faisal kreatif dalam menulis.
1515 menceritakan seorang serikandi Melayu bernama Nyemah Mulya yang telah berjaya mengalahkan tentera Portugis apabila menyerang Melaka pada 1511. Malah wizurai Alfonso de al buquequer telah mati ditangan Srikandi yang baru berusia belia ini.
Selepas kekalahan Portugis, Nyemah Mulya yang berjiwa besar telah merangcang untuk menakluk Portugis, dan akhirnya Portugis telah jatuh ketangan Melaka.
Buku ini sangat menarik untuk dibaca, ia membakar semangat kita untuk tidak merasa merendah diri,malah kita sebenarnya setanding dengan bangsa-bangsa Eropah yang lain.
Seperti kata falsafah guru saya
"Jika kita menguasai ilmu
Maka kita menguasai dunia"

posted by rezwan @ Tuesday, January 29, 2008, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



Seminar Ta'dib Islami


Ahad minggu lepas aku telah meluangkan masa mingguku dengan menghadiri seminar Ta'dib Islami anjuran ABIM dan PKPIM. Aku bangun lebih awal hari itu,walaupun badan terasa berat untuk meninggalkan katil yang kubeli semasa bekerja di UITM Pulau Pinang dahulu.

Malam sebelum seminar tersebut, aku sempat menghantar sms kepada rakan-rakan ku dan juga senior2 PKPIM yang dah lama tidak berjumpa. Semasa di UTM dulu, Anjung Pulai Perdana menjadi tempat kami untuk bertemu dan berdiskusi ilmu secara mingguan manakala setiap hari isnin kami akan berpuasa bersama-sama. Kini walaupun rata-ratanya mereka tinggal disekitar KL dan Lembah Klang, tidak jauh rasanya kalau ingan berkumpul bersama,namun perkara itu amat terlalu sukar. Mungkin masing-masing sudah ada komitmen lain apabila sudah bekerjaya.

Aku rasa seronok pada hari itu kerana bukan sahaja dapat menambah imu tetapi dapat merapatkan ukhwah.

Seminar ini merupakan satu seminar yang membincangkan pandanagn hidup islam "Islamic World View".Ia juga adalah satu ruang untuk kita belajar dan mendalami pemikiran-pemikiran para ilmuan Islam yang tinggi. Antara pemikir Malaysia yang terkenal Syed Naquib al-Attas..Aku cuba membaca buku2 karya Syed Naquib,walaupun satu ayat secara berulang-ulang,namun aku masih tidak faham isi dan makna yang cuba disampaikan. Malah aku menjadi pening.Namun dengan seminar ini penceramah yang rata-ratanya merupakan anak didik Syed Naquib al-Attas dapat menjelaskan pemikiran beliau melalui buku-bulu yang telah dihasilkan oleh beliau sendiri secara lebih mudah.

Seminar bulanan yang sangat ilmiah ini bukan senang handak dijumpai, mungkin ia merupakan salah satu taman syurga yang sangat mahal harganya berbanding konsert-konsert murahan. Tertanya audien juga tidak begitu ramai kerana tiketnya memerlukan kecintaan ilmu yang dalam yang tinggi dan persiapan mental yang tinggi. Pasti kesannya terhadap pemikran kita akan berubah terhadap pandangan kita setiap bucu dalam Islam.

Memetik kata-kata PM Dr Fauzi Othman dalam perbentanganya pada hari tersebut" Mungkin jasad anda Islam tetapi belum tentu pemikiran anda dalam kerangka Islam".......

Mohd Rezwan Alias

posted by rezwan @ Tuesday, January 22, 2008, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home



Kenaf Tumbuhan Biokomposit

Kecanggihan teknologi pada hari ini telah membawa banyak perkembangan kepada industri pertanian khususnya pokok kenaf. Perkembangan ini seterusnya membuka satu lagi ruang kepada kenaf dalam industri biokomposit negara. Pohon kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus L. merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Afrika. Tumbuhan ini dikenal pasti telah pun wujud hampir 4000 tahun yang lalu. Hasil daripada penyelidikan saintifik, kenaf merupakan tumbuhan yang dikategorikan dalam kumpulan Hibiscus iaitu dalam famili Malvaceas. Antara tumbuhan yang dikategorikan sama dengan kenaf adalah kapas dan bendi.

Antara ciri-ciri istimewa tumbuhan ini adalah, ia mampu untuk tumbuh dengan pantas dan boleh menjangkau ketinggian sehingga 3.7-4.3 meter dalam masa hanya 4 minggu . Selain itu juga, tumbuhan ini hanya mampu berbunga sehari sahaja. Tangkai tumbuhan kenaf ini mengandungi dua jenis gentian yang sangat berguna iaitu gentian di bahagian luar dan gentian di bahagian dalam. Gentian bahagian luar atau dikenali sebagai gentian kulit mengandungi 40 % berat daripada berat tangkai kering dan ukuran panjang gentian ini biasanya 2.6 mm apabila diproses. Gentian bahagian ini amat sesuai digunakan sebagai bahan asas dalam pembuatan kertas. Sementara itu pula, gentian dibahagian dalam iaitu gentian teras yang berwarna putih mengandungi 60 % berat daripada berat tangkai kering. Apabila ia diproses, ia mampu menghasilkan gentian yang berukuran 6 mm. Gentian ini setanding dengan gentian yang diperolehi daripada kayu keras di mana gentian jenis ini biasanya digunakan dalam penghasilan beberapa jenis produk kertas.

Tambahan pula, tumbuhan ini sesuai hidup dalam pelbagai jenis keadaan iklim dan jenis tanah. Ia dapat hidup dengan baik dan mampu menghasilkan hasil yang banyak sekiranya berada dalam iklim yang panas dan tanah dalam keadaan lembap. Namun begitu, tumbesaran pokok kenaf akan terbantut sekiranya suhu persekitaran di bawah 10oC. Disamping itu juga, penggunaan tumbuhan ini adalah bersifat mesra alam di mana ia diperolehi daripada alam semula jadi, serta merupakan bahan bersifat organik dan boleh dikitar semula.

Dalam industr gentian dan kayu, kenaf bersaing sengit dengan pokok akasia. Walaupun pokok akasia merupakan tumbuhan yang sangat produktif kerana sifat tumbuhan tersebut yang mampu tumbuh dengan cepat dan mampu menghasilkan kuantiti gentian dan kayu yang banyak, namun tumbuhan ini dilihat tidak begitu ekonomi dan tidak dapat memenuhi keperluan dalam sektor perabot dan lantai. Justeru itu, kenaf dilihat mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Ini kerana tumbuhan ini bukan sahaja mampu menghasilkan gentian yang lebih berkualiti berbanding akasia, malah ia turut dapat menampung beberapa sektor pembuatan lain seperti penghasilan pulpa dan kertas, serta bertindak sebagai gentian penguat industri komponen plastik, penyerap bahan kimia dan lain-lain. Selain itu juga, tumbuhan kenaf yang masih muda boleh dijadikan sumber makanan haiwan ternakan seperti lembu dan lain-lain. Ia juga amat sesuai digunakan dalam penghasilan ramuan herba seperti di India.

Sehubungan dengan itu, melihat akan potensi kenaf yang amat besar dalam sektor yang melibatkan kertas dan kayu-kayan serta sektor-sektor yang berkaitan, satu usaha bersama telah dilaksanakan untuk mengkaji tumbuhan kenaf ini dengan lebih mendalam lagi. Sebuah jawatan kuasa teknikal Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang terdiri daripada 25 orang penyelidik daripada beberapa buah institusi penyelidikan di Malaysia seperti MARDI, UPM, JPHM-VRI, FRIM, IHK dan MINT telah pun dibentuk dalam melaksanakan penyelidikan berkenaan dengan tumbuhan kenaf ini. Usaha murni yang diketuai oleh MARDI ini adalah bertujuan untuk membuat penyelidikan saintifik supaya kenaf dapat dikomersilkan dalam pelbagai sektor industri. Sebagai langkah awal, tumbuhan kenaf ini akan dibangunkan sebagai tumbuhan gentian, dimana ia akan dijadikan sebagai bahan alternatif dalam sektor kayu-kayan seperti penghasilan papan gentian. Secara tidak langsung, usaha ini menyumbang kepada perkembangan industri biokomposit negara. Pada masa yang sama, kajian ini dapat membangunkan penanaman tumbuhan kenaf yang lebih efektif dalam semua aspek termasuk teknik penanaman, pengurusan tumbuhan, penuaian, pemprosesan kenaf, pengeringan dan pembungkusan. Selain itu juga, kajian ini diharap dapat menemui kaedah pemantauan dan pengawalan penanaman kenaf dari serangan serangga perosak yang boleh membawa penyakit bagi penanaman kenaf yang berskala besar.

Mengambil contoh negara jiran seperti Indonesia , kenaf merupakan tanaman yang penting selain tembakau. Namun begitu, sektor penanaman tembakau sedikit terjejas kerana wujudnya sistem kuota yang dikenakan oleh beberapa kerajaan dunia berikutan kesan buruk tembakau terhadap kesihatan manusia. Oleh yang demikian, satu langkah telah diambil oleh Lembaga Tembakau Negara (LTN) dengan menjadikan kenaf sebagai tanaman gantian dalam penghasilan gentian bagi menampung pendapatan tembakau negara yang terjejas.

Pada masa yang sama, usaha penyelidikan terhadap kenaf sebagai gentian penguat komposit plastik (fibre reinforced plastic composite) sebenarnya telah pun dijalankan di Pusat Teknologi Biokomposit, UPM. Penemuan gentian dalam komposit plastik telah menghasilkan produk-produk baru yang berkualiti tinggi dan mempunyai kekuatan yang tinggi.

Kesimpulannya, tumbuhan kenaf mempunyai pelbagai kegunaan khususnya dalam membuka satu lebaran baru dalam industri kayu-kayan di Malaysia . Satu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan bagi menggalakkan petani mengusahakan penanaman pokok kenaf ini. Syarikat-syarikat tempatan dan luar negara juga perlu digalakkan untuk melabur dalam projek yang berasaskan gentian kenaf. Apa yang pasti, penemuan terbaru tumbuhan kenaf ini telah membongkar satu lagi rahsia alam semulajadi yang unik dan bermutu tinggi.

(Artikel ini telah disiarkan di Utusan Malaysia,28/12/2007)

Mohd Rezwan Alias
Pegawai Sains
Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan
UPM

posted by rezwan @ Friday, January 18, 2008, ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home